PEMAIN

Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil “forwards” yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil “queus” yang terdiri daripada tujuh orang pemain.

Posisi pemain ragbi

Pengenalan kepada permainan ragbi

Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil “the try-line”. Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula “conversion”. Seorang pemain yang diberi gelaran “fly half” adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol(pemain lain juga boleh mengambil tendangan “conversion”)