Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.
Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.
Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain!!!