PERALATAN DAN PAKAIAN

Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas,Nike,Canterburry,Hasbro dan banyak lagi. Tetapi kini, terdapat jenama lain seperti Gilbert,Kooga,Puma.Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stad di tapak seperti kasut bola.Terbahagi kepada 2 jenis iaitu 8 atau 6 stud yang agak panjang digunakan oleh pemain forward agar mendapat cengkaman lebih baik ketika scrum dan ruck dilakukan. Stud yang lebih pendek dan ringan diguna pakai oleh pemain backline agar mudah berlari dengan pantas dan melakukan “sidestep. Bilangan stud untuk backline adalah lebih banyak sedikit berbanding forward(ada sesetengah yang mempunyai 6). Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stoking, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.Ragbi juga terkenal dengan body armor atau body tight sejenis baju nipis yang ketat dipakai sebelum menyarung jersey.Tujuannya ialah untuk mngelakkan dari kulit badan calar akibat jatuh atau terseret di atas padang

6362016902471267637498135.jpg

Bola

Ø  Bola mestilah berbentuk bujur dan terdiri dari 4 panel yang dibuat dari kulit atau bahan sintetik yang sesuai.

Ø  Bola ragbi  saiz 3 akan digunakan untuk permainan ini yang beratnya lebih kurang 350-370 gram.

Ø  Tekanan angin bola mestilah di antara (65.71 – 68.75) kilopascals, atau 0.67 – 0.70 kilograms per square centimeter atau 9.5 – 10.0 pounds per square inch.

Ø  Pakaian Tambahan

  • Pemain digalakkan memakai alat bantuan (supports/ guards) yang kenyal dan lembut terdiri dari bahan yang bersih dan boleh dibasuh.
  • Pemain digalakkan memakai Mitts (fingerless glove) yang ada spesifikasi IRB.
  • Pemain digalakkan memakai body amour  yang ada spesifikasi IRB
  • Pemain digalakkan memakai mouth guard.

  • Pemain digalakkan memakai bandage atau dressing untuk menutup kecederaan dengan syarat bahan itu mesti bersih.
  • Pemain digalakkan memakai strapping atau bahan yang hampir sama untuk bantu atau mengelakkan kecederaan.
  • Pemain digalakkan mamakai head gear untuk membantu mengelakkan kecederaan.

Ø  Boot

  • Studs pada boots pemain mestilah yang tidak mendatangkan kecederaan pada pemain lain.
  • Jika boots jenis studs boleh dibuka semua studs hendaklah dikunci dengan ketat dan bilangan yang lengkap.
  • Studs jenis blade tidak digalakkan untuk dipakai.

Ø  Pakaian Yang Dilarang

  • Pemain dilarang memakai pakaian yang dicemari darah atau sebarang kekotoran yang menyebabkan jangkitan
  • Pemain tidak dibenarkan memakai alatan yang tajam dan merbahaya
  • Perhiasan seperti subang, rantai, cincin dan gelang tidak dibenarkan.
  • Kuku pada jari tangan perlu pendek dan tidak tajam